mencari ketenangan

Info#Tambah Keyakinan Diri Mengikut Zodiak

[u][b]ELEMEN TANAH
Zodiak: Taurus, Virgo dan Capricorn.[/b][/u]

Ciri-ciri yakin:
Kamu seorang yang praktikal, penuh hati-hati dan tenang dalam apa juga situasi yang mendesak kesabaran. Selain itu kamu juga seorang yang banyak bersabar dengan karenah orang lain dan sangat gemar mendampingi orang-orang yang boleh dipercayai dan jujur. Kamu juga suka merendah diri dan tak suka menonjol diri tak tentu pasal. Kamu juga seorang pendengar yang setia dan seorang yang mengambil berat tentang orang-orang yang disayanginya. Namun kamu tak gemar berada dalam suasana yang terlalu sesak dengan orang ramai.

Tambah keyakinan:
Ingat! Orang lain juga punya rasa tak yakin dalam diri mereka. Sekiranya kamu berada dalam
sesuatu majlis, cuba bertenang dan jangan berasa tertekan. Mungkin kamu rasa semua orang pandang kamu tapi sebenarnya tak! Jika kamu malu, orang lain tak akan menyedarinya asalkan kamu tetap berlagak selamba dan kelihatan tenang!

Tips tenang:
Cuba mulakan perbualan ringkas dengan orang sekeliling. Sentiasa katakan ‘Aku yakin boleh!” pada diri kamu sendiri!


[u][b]ELEMEN AIR
Zodiak: Cancer, Scorpio dan Pisces.[/b][/u]

Ciri-ciri yakin:
Mereka ini dikatakan seorang yang bersifat romantis namun emosi serta sering menurut kata hatinya sendiri. Kadangkala mereka ini boleh menjadi terlalu sensitif dan emosi itu menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan logik. Mereka juga suka menolong orang atau mendengarmasalah orang lain. Kelemahan mereka ini, kurang selesa bila pertama kali bersua dengan orang yang baru dikenali.

Tambah keyakinan:
Sentiasa memuji diri sendiri kerana diri kamu juga punya banyak kelebihan. Tak perlu tunggu orang lain yang memuji kamu! Pujian ini membantu kamu menjadi lebih yakin.

Tips tenang:
Setkan satu matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh waktu tertentu. Namun jangan sekali kali
menghukum atau menyalahkan diri sendiri jika melakukan kesilapan! Ingat, kamu pun hanya
manusia biasa saja kan?

[u][b]ELEMEN API
Zodiak: Leo dan Sagittarius.[/b][/u]

Ciri-ciri yakin:
Kamu seorang yang bersemangat dan sentiasa berusaha untuk bersikap ‘friendly’ dengan semua orang! Namun kadangkala sifat kamu yang agak lantang bersuara membuatkan sesetengah orang berkecil hati dengan kamu dalam diam-diam apatah lagi orang itu jenis yang sensitif!

Tambah keyakinan:
Cuba bertenang apabila dalam situasi yang tegang dan gementar. Sememangnya adalah normal jika terbawa-bawa dalam keadaan itu tapi belajarlah untuk belajar lebih tenang kerana ia akan mengurangkan tekanan dalam diri kamu dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila terasa tension, mungkin kamu boleh bersenam seperti yoga atau berendam dalam haruman aromaterapi.

Tips tenang:
Sekiranya diri kamu sedang dalam keadaan gementar, cuba tarik nafas dalam-dalam dan kira hingga
lima. Pasti kamu akan lebih tenang!

[u][b]ELEMEN ANGIN
Zodiak: Gemini, Libra dan Aquarius.[/b][/u]

Ciri-ciri yakin:
Kamu sentiasa beringat-ingat dalam apa jua perkara yang dilakukan, pandai berkomunikasi dengan orang lain dan tidak menghadapi masalah sangat bila pertama kali berurusan dengan orang baru. Kamu juga suka mencari kelebihan yang dimiliki oleh seseorang individu dan ini kadangkala mengecewakan kamu apabila mereka tidak mempunyai kualiti sikap yang kamu kehendaki daripada mereka. Oleh kerana kamu seorang yang pandai bercakap, berurusan dengan sesiapa saja tak pernah menjadi masalah besar bagi diri kamu. Sifat kamu yang kurang pasti membuatkan kamu sentiasa tertekan. Oleh kerana kamu seorang yang bijak, kamu tidak suka bila orang lain bersikap ‘kurang bijak’ atau sambil lewa dengan kamu!


Sebahagian cara lelaki untuk mengenal wanita.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

*Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaan

*Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

*Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

*Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

*Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.

*Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

*Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab istilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.

*Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

*Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.


Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.okey...Take Care yourself!!!

Ruangan Info

[b]10 Sifat wanita yg lelaki sukai[/b]


1. Sifat Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata² yg kasar atau menuduh bukan² sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4. Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9. Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

10. Solehah

Lelaki juga suka pada wanita yg solehah dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan² syarak.




sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia
ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia
tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada
hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah
semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan
merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa
untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. :lol: